Cara Intermittent Fasting Bagi Newbies Yang Mudah Dan Berkesan!

Seronoknya kalau diet tapi masih boleh makan apa yang kita suka. Tahukah anda bahawa ada satu teknik diet yang semakin popular di Malaysia sekarang?

Dah masuk tahun 2023 ni mesti anda dah pasang azam nak kurus kan?

Eh jangan malu kalau pun azam tu anda dah pasang dari tahun 2020 pun tak apa. Tak hari ini anda kurus, esok. Tak esok, lusa atau masa-masa akan datang anda pasti boleh kurus, betul tak? 

Yang penting perlu terus usaha dan jangan putus asa ok!

Mari sini Pah nak kongsikan satu teknik diet yang mampu bantu anda capai berat badan idaman tahun 2023 ini dengan perasaan gembira dan enjoy! 

Apa Itu Diet Intermittent Fasting?



Intermittent Fasting. Haa itulah nama diet yang sedang trending sekarang ini. Kalau selalu kita dengar bila orang sebut diet, mesti fokus pada apa yang anda makan. 

Tapi diet Intermittent Fasting bukan tentang apa yang anda makan, tapi tentang waktu yang anda perlu dan tidak perlu makan. Bahasa mudahnya puasa dalam tempoh tertentu. Boleh baca artikel ini juga tentang Intermittent Fasting.

Nampak dah beza diet Intermittent Fasting dengan diet yang lain? 

Maksudnya anda bukanlah perlu makan sayur-sayuran sahaja selama sebulan. 


Boleh nak makan kek, nasi, ayam, cuma perlu makan pada waktu tertentu saja. Tapi, makan tu jangan pula berlebihan dan melampau, cukuplah bersederhana. Nanti sia-sia anda diet Intermittent Fasting ini.

Eh macam best pulakan sebab tak adalah rasa terseksa nafsu makan kita. 

Sebab tu Pah sebut tadi, anda akan rasa enjoy bila badan anda dah biasa dengan Intermittent Fasting ini. Jadinya nak capai target berat idaman anda pun mudah.

Tapi sayangnya ramai lagi yang belum tahu cara buat Intermittent Fasting yang betul. Mari Pah kongsikan teknik Intermittent Fasting untuk anda memulakan journey kurus anda. Let's Go!

3 Jenis Intermittent Fasting 




Umumnya ada 3 jenis diet Intermittent Fasting yang mudah untuk anda lakukan :

1. Sehari puasa, sehari tidak 

Sebagai contoh, hari ini anda berpuasa, esoknya anda makan seperti biasa. 
Lusa, anda perlu berpuasa semula. Dan begitulah seterusnya berselang-selang.

2. Puasa 2 hari dalam seminggu

Contoh, Isnin Selasa anda berpuasa. Rabu hingga Ahad anda makan seperti biasa.

3. Makan dalam tempoh tertentu

Contoh, anda makan seperti biasa dalam tempoh 8 jam, selebihnya anda berpuasa. 
Anda tidak ambil sarapan dan makan tengahari tetapi anda ambil makan malam sahaja.

Perbezaan Puasa Dengan Diet Intermittent Fasting

Puasa dalam konteks Intermittent Fasting ini bukanlah seperti puasa seorang muslim yang langsung tidak boleh makan dan minum dalam tempoh tertentu.

Dalam tempoh Intermittent Fasting tersebut anda masih boleh minum, namun jangan air bergula. Minumlah air kosong, atau teh, kopi tanpa gula.



Tempoh dan waktu puasa seorang muslim juga tidak sama dengan tempoh puasa Intermittent Fasting. Puasa bagi muslim adalah wajib di bulan Ramadan dan perlu dilakukan selama sebulan. 

Bagi puasa diet Intermittent Fasting, anda boleh lakukan pada bila-bila masa dan berhenti pada masa yang anda inginkan. 

Contohnya anda telah capai target berat badan yang anda inginkan maka anda boleh berhenti melakukan diet Intermittent Fasting.

Cara Mudah Intermittent Fasting Bagi Newbies




Intermittent Fasting ini sebenarnya mudah konsepnya. Namun mungkin agak sukar bagi mereka yang baru pertama kali ingin mencuba. 

Bagi newbies tak perlu untuk anda terlalu drastik puasa sehingga 50 jam. Cukup anda bermula dengan melakukan diet Intermittent Fasting dari sebelum tidur. 

Anda selesaikan makan malam anda pada jam 9 malam. Jangan makan apa-apa selepas itu sehinggalah jam 9 pagi esoknya. Dengan mudah anda telah berjaya diet Intermittent Fasting selama 12 jam! 

Dah tahu cara mudah nak mulakan diet Intermittent Fasting, nak tunggu apa lagi tu? 

Mari mulakan journey kurus dan sihat anda!


Mari Sihat Luar Dan Dalam!


Siapa Saya?
Sharifah Abdul Samad SID 1324332
Tel : 018399039
Pengedar Shaklee Klang
Beautician BOTG Mobile Spa


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeklang








Comments

Popular posts from this blog

Pengedar Shaklee Klang, Port Klang, Pulau Indah

Bina Impian Anda Bersama Mobile Spa BOTG